Monday, June 25, 2012

Salam Perkenalan 
Kepada semua pembaca kami meminta maaf setelah sekian lama kami berada di blog ini , belum sempat kami memperkenalkan diri kami kepada semua pembaca, oleh itu kami ingin memperkenalkan diri kami berserta gambar dan sedikit latar belakang kami:







Nama: Mazlan Abd Ghani
Mula Mengajar di KPM Indera Mahkota pada Tahun 2008.
Degree : Bachelor in Legal Studies Hons, UiTM.










Nama : Abdul Razak B Abdul Majid
Mula Mengajar di IKM KL tahun 2009, berpindah ke KPM Bandar Penawar Tahun 2012, 
Pengalaman kerja: Pengurus Restoran Mcdonald Malaysia, 
Degree : Bachelor in Entrepreneurship Hons, UUM. 






Nama : Asmahwati Abdol Rahim
Mula Mengajar di KPM BP tahun 2010, Pengalaman kerja, Auditor
Degree : Bachelor in Accounting UPM,





Nama: Mohd Yuhapizu Bin Yusof
Tempat kerja: KPM Indera Mahkota bermula tahun 2008
Degree :Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Hons) UiTM

Kursus Perniagaan


Tajuk Kursus : Merangka Rancangan Perniagaan yang Efektif
Tempoh Kursus : 2 hari
Kelayakan Pembiayaian : SMIDEC
Pengenalan Kursus :-
Rancangan Perniagaan adalah penting untuk membantu melaksanakan sesuatu Perniagaan dengan sempurna dan efektif. Merangka Rancangan Perniagaan akan membolehkan Usahawan dan bakal Usahawan membuat kajian menyeluruh perniagaan secara objektif dan kritikal. Satu Rancangan Perniagaan yang sempurna akan menjadi alat yang penting sebagai panduan untuk memula dan menguruskan operasi perniagaan serta sebagai alat komunikasi dengan pihak lain terutama sekali untuk mendapat pembiayaan.
Objektif Kursus :-
  • Peserta akan didedahkan cara merangka dan penyediaan Rancangan Perniagaan yang Standard dan Efektif
  • Memahami keperluan Rancangan Perniagaan sebagai alat komunikasi, pengurusan dan perancangan
  • Mengetahui Format Rancangan Perniagaan
Methodologi :-
Kuliah, Perbincangan, Pembentangan dan Latihan berkumpulan atau secara Individu

Sunday, June 24, 2012

Manual Rancangan Perniagaan



Pada pembaca-pembaca yang inginkan manual rancangan perniagaan, anda boleh memuat turun manual rancangan perniagaan kami di ruangan download blog ini. Manual rancangan perniagaan itu mengandungi apakan isi-isi penting untuk menghasilkan sebuah rancangan perniagaan yang baik, tambahan pula ia disertakan satu contoh template rancangan perniagaan yang boleh dijadikan sebagai rujukan jika pembaca sekalian ingin menghasilkan rancangan perniagaan yang bagus. Oleh itu selamat memuat turun dan membaca!!

Tuesday, June 12, 2012

Siapakah yang memerlukan Rancangan Perniagaan?



a)        Usahawan
b)        Institusi Kewangan / Pelabur
c)        Pembekal
d)        Kakitangan
e)        Pengeluar Tender / Kontrak ( Pelanggan )

Di dalam membina Rancangan Perniagaan yang baik, seharusnya kita tahu tentang siapakah bakal pembaca Rancangan Perniagaan kita nanti. Pembaca adalah bergantung pada tujuan Rancangan Perniagaan. Walaubagaimanapun, pemmbinaan Rancangan Perniagaan tidak perlu dibuat secara sambil lewa biarpun ia digunakan sebagai panduan bagi perniagaan sendiri. 

Tujuan Rancangan Perniagaan


Membolehkan usahawan melihat dan menilai idea atau projek perniagaan yang dicadangkan dengan teliti, objektif, kritikal dan praktikal.

Ø  RP dapat memberi gambaran sama ada projek yang hendak dirancangankan oleh usahawan berdaya maju ( viable ) atau tidak.
Ø  Membantu usahawan menganggarkan keperluan sumber-sumber perniagaan dan mengagihkannya dengan lebih baik dan jelas.
Ø  Meyakinkan pihak-pihak tertentu contohnya untuk pembiayaan kewangan bahawa projek yang dirancangkan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.

Definisi Rancangan Perniagaan


Rancangan perniagaan ialah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan tentang perniagaan yang hendak dijalankan secara menyeluruh. Ia merupakan “blue print” perniagaan untuk menerangkan mengenai kajian yang telah dijalankan dan perancangan perniagaan pada masa hadapan. Ia juga menerangkan tentang ramalan dan jangkaan serta kaedah perlaksanaan strategi perniagaan tersebut. Rancangan Perniagaan (RP) juga dikenali sebagai kertas kerja, kertas projek atau prospektus.